Wednesday 30 May 2012

Langkah 3 Detoksifikasi

 Detoksifikasi

Selepas mengamalkan pemakanan yang seimbang dan peningkatan pengambilan oksigen langkah seterusnya adalah detoksifikasi. Kenapa perlu ada detoksifikasi? Secara semula jadinya badan kita boleh menjalankan detoksifikasi antara nya paru-paru,hati,ginjal,usus kecil,usus besar.Akhir penyingkiran toksin berlaku di usus besar.Kesemua toksin yang berbahaya terkumpul di dalam usus besar.

Usus besar menjalankan fungsi detoksifikasi dengan menyingkir kesemua bahan-bahan beracun di dalam usus besar tersebut. Namun jika usus besar tersumbat bagaimana ia boleh menjalankan detoksifikasi dengan sempurna? Satu kajian oleh pakar telah dibuat terhadap tikus putih yang di jadikan sebagai bahan uji kaji. Mereka menyuntik toksin yang terdapat dari usus besar manusia ke dalam badan tikus putih tersebut. Serta merta tikus itu mati.

Bayangkan betapa dahsyatnya toksin yang berada di dalam badan manusia.Seandainya usus besar tidak dapat menyingkirkan segala kotoran yang terdapat di dalamnya. Proses serapan semula akan berlaku. Toksin yang terkumpul boleh diserap semula oleh badan dan ini akan mengakibatkan badan mengandungi TOKSIN yang menyebabkan punca kepada penyakit-penyakit.



 Fujita-Lactose S

Salah satu formulasi permbersih usus dari jepun.Membantu badan untuk menjalankan fungsi detoksifikasi dengan baik.Meransang pergerakan peristaltik usus untuk membantu menyingkirkan najis degil selain itu ia juga membantu menyingkirkan TOKSIN dalam kolon.

Siapa yang perlu mengambil Fujita-Lactose S?

Orang yang mempunyai masalah untuk membuang air besar pada waktu pagi.
Orang yang susah untuk membuang air besar (sembelit)
Orang yang ingin menjaga keremajaan usus besar
Orang yang ingin menjadi sihat

Bayangkan di dalam usus anda  masih ada sisa makanan yang sudah bertahun-tahun lamanya tersangkut dan tidak disingkirkan.!Buangkan ia sekarang! Jangan menyimpan sisa-sisa buangan di dalam badan mahu anda membiarkan diri sebagai tong sampah bergerak?? Sudah tentu tidak! Mulakan hari anda hari ini untuk membuang segala sisa-sisa kotoran ini dengan menggunakan ..Fujita-Lactose S.

Bagaimana menggunakan nya?

Ambil sepaket Fujita-Lactose S dan makan seperti biasa dengan segelas air atau minuman yang anda suka. Selepas beberapa minit rasa ingin membuang air besar itu adalah normal. Kerana ia serta merta menjalankan fungsinya.Orang yang mempunyai masalah sembelit dapat membuang air besar dengan sempurna Luar Biasa!...

Langkah 2 Penambahan Pengambilan Oksigen

Oksigen adalah unsur yang paling penting dalam kehidupan. Manusia tidak boleh hidup tanpa oksigen
"Seminggu tak makan masih hidup,Sehari tak minum air masih hidup tapi  tak sampai sejam tak ada oksigen memang tak boleh hidup"
Jadi oksigen amatlah diperlukan oleh badan kita tidak kira tua atau muda tetap sama sahaja. Ada dua kaedah bagaimana cara kita menambahkan oksigen dalam badan.Oksigen diperlukan untuk menghasilkan 90% tenaga dalam badan.Setiap organ memerlukan oksigen sepanjang masa untuk menjalankan tugas metabolisme dan detosifikasi.Oksigen juga diperlukan untuk menyokong sistem keimunan yang kuat dan mengurangkan jangkitan bakteria.

Simptom-simptom kekurangan oksigen??
  • kepala pening
  • gemuruh
  • mata berpinar-pinar ketika duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama
  • sesak nafas
  • lemas dan tak bertenaga
Penambahan pengambilan oksigen dalam badan adalah untuk meningkatkan peredaran darah.Membantu sistem badan untuk menjalankan fungsi sistemnya dengan baiknya.

Bagaimana caranya menambahkan oksigen ?
Dengan bersenam sekurang-kurangnya 45 minit sehari atau pun melalui kaedah Terapi Guasa.

Apa itu GUASA?
Guasa adalah terapi perubatan Tradisi Masyarakat Cina

GUA = Gesek
SA = Tempat sakit yang mengeluarkan bintik merah

Guasa ialah satu perbuatan menggesek badan sehingga mengeluarkan bintik mereh yang merupakan toksin
dalam badan.Alat-alat guasa pada zaman dahulu, duit syiling atau sudu seramik dicelup di dalam air atau minuman keras kemudian diguna untuk meraut pada permukaan bintik-bintik merah sehingga kelihatan.

Satu lagi produk Elken yang luar biasa , iaitu papan Guasa Elken.

Panpan Guasa Elken di perbuat daripada tanduk kerbau , mempunyai kesan penyejukan dan detosifikasi.
Penebat elektrik dan haba sesuai  untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan.Tidak mencederakan kulit, alat utama untuk mengikis "sha" atau "sa"


Kebaikan Guasa Elken
 
  1. Melegakan sengal-sengal dan keletihan
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Meransang sel-sel darah dengan membekalkan oksigen yang mencukupi
  4. Menguatkan sistem pertahanan
  5. Menyerikan kulit ( untuk kecantikan boleh juga digunakan untuk buat facial)
  6. Menguatkan badan
  7. Mengurangkan simptom penyakit dan menyembuhkan penyakit kronik
  8. Menunjukkan simptom dan punca penyakit
Keunikan Guasa Elken

-Mudah dipelajari tak perlu latihan intensif tak perlu ada sijil
-Boleh dilakukan pada bila-bila masa-Tanpa sebarang kesan sampingan
-Boleh dilakukan dengan berpakaian

Untuk mendapatkan kesan yang lebih luar biasa hasilnya amalkan terapi guasa sekurang-kurangnya seminggu sekali.Semasa menjalankan terapi guasa elakkan tempat yang berangin dan meminum segelas air selepas selesai guasa.Mandi selepas setengah jam selesai terapi guasa.

Hanya gosok di bahagian badan semakin banyak bintik merah tanda badan berasid. Badan berasid banyak toksin dan toksin membuat kita sakit. Mulakan sekarang hidup semakin sihat dan cantik Luar Biasa!






Tuesday 29 May 2012

Langkah 1 Pemakanan Seimbang II

Dalam memenuhi keperluan pemakanan yang seimbang pengambilan buah-buahan haruslah seiring dengan diet pemakanan seharian kita. Malangnya buah-buahan yang kelihatannya cantik dan segar di sebaliknya tersembunyi hampir bermacam-macam jenis racun perosak yang digunakan untuk mengawal daripada serangan makhluk perosak.Pakar menyarankan untuk memenuhi keperluan harian diet kita sekurang-kurangnya mengambil 7 jenis buah-buahan setiap hari.Elken telah memperkenalkan satu suplemen tambahan yang mencukupkan keperluan vitamin C di dalam badan kita.


Ester-C 500 Plus- Vitamin C Tak Berasid dan berpaten
Perbandingan dengan vitamin C biasa :

-4x Keberkesanan                          -Tiada Pewarna tiruan
-2x Kadar penyerapan                    -Tiada Perasa tiruan
-2x Pengekalan dalam Badan          -Tiada Pemanis tiruan

Vitamin C diperlukan dalam badan untuk menguatkan sistem keimunan dalam badan. Sistem imun yang kuat dapat membantu sistem badan untuk membunuh virus dan bakteria yang boleh mengganggu sistem badan.Ester-C 500 plus sangat berkesan berbanding vitamin C biasa yang berada di pasaran.Kebaikan Ester-C 500 Plus;

Melegakan Selesema dengan lebih cepat
Melegakan kesejukan
Mengurangkan masalah seperti resdung
Mengurangkan risiko sinus berdarah ( seperti yang di alami oleh penghidap resdung tahap kritikal)
Awet muda kandungan  anti-oksidanya sangat tinggi sehingga boleh menghapuskan radikal bebas yang menyebabkan kelihatan tua sebelum umurnya


Vitamin C amat diperlukan oleh badan setiap hari ini kerana Vitamin C larut dalam air dan mudah hilang dari badan kita setiap hari.


Siapa yang perlu mengambil Ester-C Plus ini?
Orang yang mementingkan kesihatan ( memenuhi keperluan Vitamin C dalam badan)
Orang yang mudah terkena jangkitan selesema
Orang yang selalu menghadapi masalah resdung ( cairan keluar dari hidung pada awal pagi dan juga ketika masuk tidur, mata gatal, telinga gatal kadangkala di sertai dengan hingus berdarah ketika di hembus) simptom yang menderita resdung.
Perokok-perokok, Orang yang menghisap rokok kadar kehilangan Vitamin C lebih cepat hilang dari badan berbanding orang yang tidak menghisap rokok.Sebab itulah si perokok lebih mudah terdedah kepada selesema berbanding orang yang tidak merokok.

EPA DHA

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.
60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.
Sumber utama
Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.
Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.
Kebaikan utama DHA
Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah:
  • pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
  • pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
  • pertumbuhan saraf-saraf yang baik.
Kelebihan-kelebihan lain DHA
Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
  • mengurangkan triglycerides (lemak).
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.
Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.
Komen
Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.
Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.




Oleh itu untuk siri pemakanan yang seimbang yang lengkap sudah memadai jika mengambil suplemen ini.
Makanan yang terbaik untuk masa hadapan Elken Spirulina Raja Segala spirulina, Ester-C vitamin C yang
4x lebih berkesan berbanding vitamin C yang berada di pasaran.EPA DHA memenuhi keperluan asid lemak perlu di dalam badan kita untuk memastikan kesihatan sentiasa yang terbaik. Mulakan hari ini untuk mengambil makanan tambahan yang disyorkan. Anda sihat, Saya sihat , Sama-sama Sihat! Luar Biasa! produk bermutu tinggi kualiti terjamin dan kesannya yang luar biasa.

Monday 28 May 2012

Langkah 1 Pemakanan Seimbang I

Demi mengekalkan kesihatan yang terbaik, kita perlu memperoleh nutrien makanan yang seimbang daripada makanan harian kita.Selain itu juga kita perlu mematuhi nisbah 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid supaya badan kita akan mempunyai nilai pH 7.3-7.4, yang cenderung kepada keadaan alkali.Langkah pertama MRT Elken bertujuan mencegah dan mengatasi masalah ketidakseimbangan nutrien akibat amalan gaya hidup moden yang tidak sihat melalui;

1.Elken Spirulina
100% Organik,100% Semula jadi, 100% Alkali 

Apakah itu spirulina ?

Sejenis rumpair tasik masin yang juga dikenali sebagai Alga Ungu
Makanan hijau unggul yang kaya dengan asig gamma linolenik (GLA) yang terbukti dapat membantu kulit dan rambut menjadi lembut dan berkilau.

Kenapa kita perlu ambil Spirulina Elken ini ?
Kaya dengan protein berkualiti tinggi

  • untuk mengekalkan keremajaan
  • untuk menambah tisu-tisu otot
  • untuk menyihatkan fungsi badan

Satu pemakanan alkali lengkap dengan vitamin dan mineral

  • untuk merawat diabetes dan sakit jantung
  • untuk menambah daya ingatan
  • untuk menambahkan darah

Sebagai sumber Beta Karotin yang paling kaya di dunia

  • untuk merawat sel-sel rosak dan mati
  • untuk membantutkan proses penuaan dengan anti oksidanya yang tinggi


100% alkali

  • untuk melegakan kesakitan artheritis kronik
  • untuk membaik fungsi penghadaman
Merawat badan secara general

  • untuk meningkatkan daya fungsi otak
  • untuk merangsangkan kecergasan dan kecerdasan tubuh
  • menghalang dan merawat radang kulit
  • untuk mengawal tekanan darah
  • menghalang asma atau semput
  • menghalang dari pertumbuhan tumor
  • menghalang kapilari darah dari tersumbat

Mengapa kita perlu makan spirulina ?
Sayuran yang tahan lasak, hidup 3 200 juta tahun lalu spirulina masih hidup sampai sekarang
100% bersifat alkali
Nilai khasiat adalah 14 kali daripada susu
Sumber Vitamin B12 yang terkaya di dunia























  • terdapat 18 jenis vitamin
  • terdapat 20 jenis garam galian
  • karbohidrat
  • membekalkan glukosa dengan cepat ke darah
  • untuk tenaga yang berpanjangan
  • mempunyai 4 jenis pigmen asli
  • klorofil
  • Beta Karoten dimana 1 biji= 18 epal/1kg kobis
  • Xantofil
  • Fitosianin
  • Bagaimana nak makan Spirulina Elken dan siapa yang sesuai makan Elken Spirulina?
  • Cara makan : 5 - 10 tablet sekali makan
  • Facial Mask : 1 biji diketuk dan dicampur dengan satu sudu kecil air
  • Untuk menambahkan berat badan, anda digalakkan makan spirulina selapas makan
  • untuk menguruskan berat badan, anda digalak makan spirulina sebelum makan
  • sesuai untuk semua golongan usia
  • Ideal untuk yang berpuasa, detoksifikasi, atlit sukan, wanita yang mengandung, warga tua, berdiet dan vegetarian
Berita Baik kepada si perokok-perokok tegar untuk meneutralkan sebatang rokok yang di hisap 30 biji Elken Spirulina boleh meneutral toksin di dalam badan anda! Namun walaubagaimanapun berhenti merokok
adalah satu cara yang terbaik, Merokok Membahayakan Kesihatan Amaran Kerajaan Malaysia.

Amalkan pengambilan Elken Spirulina sebagai suplemen tambahan anda. Elken Spirulina adalah RAJA SPIRULINA , 100% semula jadi tiada tambahan perasa tiruan dituai terus dari ladang terus ke kilang

  • Adakah Spirulina ini selamat dimakan ?
  • Laporan-laporan kajian telah membuktikan bahawa Spirulina tidak mendatangkan kesan sampingan atau kesan keracunan terhadap manusia.
  • Elken Spirulina dijamin kualitinya 

.



4 Langkah Konsep Terapi Pembaharuan Molekul

Langkah 1: Pemakanan seimbang


Badan manusia memerlukan lebih daripada 100 nutrien bagi menyuburkan 60 trilion sel badan secukupnya setiap hari.


A)Pemakanan seimbang

1.Karbohidrat dan Serat Makanan

2.Protein
Isoleusina,Metionina,Valina,Treonina,Lisina,Fenilalanina,Triptofan,Tirosina,Alanina,Glisina,Sistina,Arginina
Asid Aspartik,Prolina,Histidina,Asid Glutamik,Serina,Hidroxyprolina,Glutamina dan lain-lain.

3.Lemak

4.Vitamin
Vitamin A,C,D,E,K,B1,B2,B3,B6,B12,Niasin,Asid Pantotenik,Asid Folik,Biotin,Inositol dan lain-lain

5.Mineral
Kalsium,Besi,Fosforus,Sodium,Kalium,Iodin,Magnesium,Mangan,Kuprum,Kobalt,Zink,Kromium,Selenium
Sulfur,Rubidium,Boron,Strontium,Vanadium,Antimoni,Arsenik,Emas,Barium,Sesium,Bismut,Kadmium,Germanium
Uranium,Serium,Yttrium,Perak,Europium,Neodimium,Praseodimium,Samarium,Tulium,Telurium,Platinum,
Plumbum,Merkuri,Silikon,Aluminium,Karbon,Galium,Lantanum,Nikel dan lain-lain.

6.Fitonutrien
Pigmen Merah,Pigmen Oren,Pigmen Kuning,Pigmen Hijau,Pigmen Putih,Pigmen Biru,Pigmen Ungu dan lain-
lain.

B)Kealkalian dan keasidan badan adalah seimbang sekurang-kurangnya 80% adalah alkali dan 20% asid di dalam badan kita. 

Langkah 2 : Meningkatkan Pengambilan Oksigen

Paras Oksigen (%)
Atmosfera 38%
Pedalaman 19%-21%
Bandar Besar 12%-15%
Manusia tidak dapat hidup 7%

Langkah 3 : Detoksifikasi

Detoksifikasi organ ialah proses yang amat penting untuk badan kita. Waktu detoksifikasi badan adalah
seperti yang berikut:

Kulit - Sepanjang hari
Hati-12am-3am
Paru-paru-3am-5am
Usus besar -5am-7am

Langkah 4: Pelarasan Kesihatan

Memberi tumpuan pada masalah sistem organ khusus dengan membekalkan suplemen yang dapat membantu
proses pemulihan bahagian badan yang terbabit dan mendapat kembali kesihatan yang sempurna.


Apabila 4 elemen utama ini iaitu pemakanan seimbang, Oksigen yang mencukupi, Air tulen dan minda yang sihat maka  Badan Berada Dalam Persekitaran yang Seimbang dan Sihat. Sel-sel yang sihat "memperkuat" keupayaan pemulihan -diri badan.









4 Faktor Penyebab Sel Yang Tidak Sihat

1. Pemakanan yang tidak betul

Amat jarang sekali kita menitik beratkan tentang konsep pemakanan yang betul antaranya dengan mengambil makananan yang mengandungi kandungan lemak,karbohidrat,kolesterol,gula,Kalori,dan garam yang tinggi. Kurang mengambil makanan yang mempunyai vitamin,mineral, dan protein tumbuhan.

Senarai jenis makanan dilarang
Pengambilan makanan yang kurang sihat ini akan menyebabkan potensi untuk mendapat penyakit adalalah sangat tinggi berbanding dengan orang yang mengamalkan diet yang seimbang.










2.Pencemaran Udara

Dimana-mana ada sahaja pencemaran
udara. Tidak perlu kita lihat tempat
yang jauh. Cuba anda perhatikan keadaan sekeliling anda.Terutamanya di kawasan bandar.







3. Pencemaran Air

air oh air

















4.Kurang bersenam dan tekanan harian
Lebih separuh rakyat malas bersenam










Get your weight

Kekurangan 4 elemen ; Makanan yang sihat, Oksigen Air yang tulen dan Minda yang sihat membawa kepada persekitaran dalaman yang tidak seimbang.Apabila persekitaran dalaman tidak sihat ia akan menyebabkan sel separa sihat.Antara simptom-simptom sel separa sihat adalah seperti ; mudah letih, gastritis, cepat marah, tidak sabar, lenguh  dan sakit belakang, sakit kepala, daya ingatan lemah, sukar menumpukan perhatian,batuk & selesema, lenguh dan sakit bahu, pening kepala, lemah anggota badan,muka pucat, peluh dingin, jerawat, tiada selera makan, sembelit, nafas berbau, kulit kusam tidak berseri, kerap kencing, daya penglihatan lemah, kulit sensitif, imsomnia, rambut gugur, sakit sendi, muntah-muntah, demam, cirit-birit berpanjangan dll.

Akibatnya keabnormalan sel= sakit.Apabila sel sudah menjadi sakit ia akan memberi kesan kepada keseluruhan sistem. Antara penyakit-penyakit yang popular adalah kanser,penyakit jantung,penyakit pankreas,sirosis,sakit buah pinggang,ulser perut,tumor,diabetes dan penyakit paru-paru.

Sunday 27 May 2012

Peningkatan taraf hidup serta berlakunya peningkatan tahap pembangunan di serata dunia telah melahirkan satu penyakit yang diketahui yang  telah muncul di kalangan manusia.
Penyakit yang diketahui ini biasanya menyerang manusia yang tidak arif tentang kesihatan kendiri.
Mereka lebih mementingkan gaya hidup yang kurang sihat di mana kebanyakan tidak menjaga kesihatan diri dengan baik. Oleh itu penyakit berbahaya yang sukar di ubati dengan ubat-ubatan telah dikatakan muncul. Penyakit ini dikenal sebagai penyakit moden.Antara contoh penyakit moden yang sangat popular dan diketahui pada masa ini ialah:

  • sakit jantung (hipertensi)
  • kencing manis (diabetes)
  • strok
  • darah tinggi 
Akibat kurang nya pengetahuan tentang bagaimana cara menjaga kesihatan maka seringkali kita terfikir bahawa apabila suda sakit barulah tiba masanya untuk pergi berjumpa dengan doktor. Tetapi hakikatnya jika kita arif tentang pengetahuan penyakit tersebut kita boleh mengurangkan risiko penyakit seperti ini.
Semua penyakit yang terjadi di atas adalah akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam serta persekitaran  yang telah tercemar.


Peningkatan tahap pembangunan yang semakin meningkat kawasan hutan menjadi punca kepada bekalan okisigen semakin berkurangan. Asap dari kilang-kilang , kenderaan dan pembakaran terbuka mengakibatkan pencemaran udara yang tidak dapat dikawal terutamanya di kawasan bandar. Jika tidak ada pembangunan sukar untuk memajukan sesuatu kawasan namun apabila pembangunan itu dijalankan risikonya kita yang menanggungnya. Tahap kesihatan manusia semakin merosot lebih-lebih lagi apabila 10 pembunuh utama ini muncul yang dikatakan sebagai PENYAKIT MODEN akibat arus permodenan yang begitu pesat berlaku.


Dunia semakin sakit , juga begitu halnya kepada manusia-manusia yang ada penyakit yang datang adalah berpunca daripada sikap acuh-acuh terhadap gaya hidup masing-masing.Kerana terlalu mengejar kemewahan hidup berkerja sehingga melupakan bahawa suatu hari nanti penyakit seperti inilah yang akan menhancurkan hidup kita dengan begitu sahaja tanpa pengawalan serta pengetahuan bagaimana cara untuk mengatasinya.Kebanyakan daripada kita hanya tahu bahawa apabila kita sudah mengalami penyakit seperti ini barulah menghabiskan masa dan wang untuk berjumpa dengan doktor , walhal doktor sendiri tidak dapat menjamin kita dapat sembuh 100% peratus kebarangkaliannya amat kecil. Walaupun kita hanya dapat sembuh semantara sahaja tetapi bayangkan kos perubatan yang telah digunakan hanya semata-mata kita tidak memikirkan tentang mengapa perlu kita menjaga kesihatan dari awalnya. Pada masa kini kos rawatan adalah sangat tinggi beruntung jika seseorang itu punya kerja yang menjamin masa depan beliau dan juga punya wang untuk digunakan sebagai kos membayar segala beban kewangan yang dilalui semasa menjalani rawatan samada di hospital kerajaan atau pun swasta.
 
Perubatan? kebanyakan kaedah perubatan yang dijalankan di hospital lebih kepada sementara sahaja ia tidak dapat menyelesaikan masalah hingga ke akar umbi.Kita bernasib baik sebelum terlambat dalam artikel ini saya akan menerangkan apakah kaedah alternatif selain daripada ubat-ubatan yang boleh kita gunakan untuk mencegah dan mengatasi masalah penyakit moden ini . Terlebih dahulu kita mesti mengetahui apakah punca sebenar penyakit moden ini.
Peyakit moden boleh diatasi dengan cara membetulkan semula gaya hidup kita . Ada satu cara yang dipanggil sebagai kaedah rawatan terapi diet boleh membantu pesakit-pesakit moden malah jika di amalkan nescaya boleh menambah jangka hayat manusia . Ingatlah bahawa mencegah lebih baik daripada merawat namun jika ianya sudah terjadi jangan putus asa masih ada kaedah alternatif lain yang boleh digunakan selain bergantung sepenuhnya kepada kaedah rawatan ubat-ubatan yang keberkesanannya belum lagi pasti malah kesan sampingan akibat daripada pengambilan ubat-ubatan ini juga menambahkan lagi risiko ini.Perbandingan diantara kaedah rawatan ubat-ubatan dan kaedah terapi diet :

Terapi diet juga dikenal sebagai MRT program salah satu program terapi diet yang boleh mengatasi masalah penyakit moden. Kuasai MRT maka anda akan menjadi sihat , saya juga menjadi sihat dan kita semua menjadi sihat. Sama-sama kita memberitahu berita baik ini kepada semua rakan-rakan . Ingat setiap tindakan yang kita buat pasti dapat menyelamatkan nyawa seorang yang kita sayang . :)

Friday 25 May 2012

Apa itu konsep MRT?


Tahukah anda?
1/3 daripada kaum wanita dan separuh daripada kaum lelaki berisiko menghidap penyakit kanser sepanjang hayat mereka.
Satu daripada setiap Empat orang mati akibat kanser?
Tiga daripada setiap Lima orang menghidap hipertensi?
Satu daripada setiap Empat orang yang mati ada berkaitan dengan diabetes?

Namun, ini tidak bermakna bahawa kesihatan anda unggul walaupun anda jarang jatuh sakit. Sesungguhnya, ramai juga juga yang berada dalam keadaan "separa sihat" dan keadaan ini dapat di kesan melalui simptom seperti berikut:

  • mudah letih
  • kembung perut
  • cepat marah
  • lenguh dan sakit belakang
  • daya ingatan lemah
  • mudah menghidap batuk dan selesema
  • pening kepala
  • sejuk tangan dan kaki
  • lemah anggota badan
  • peluh dingin
  • tiada selera makan
  • nafas berbau
  • kerap kencing
  • bintik hitam
  • kutu air (jangkitan kulat di kaki)
  • kulit sensitif
  • imsomnia
  • rambut gugur
  • atralgia (sakit sendi)
  • buasir
  • demam
  • gastritis
  • asid gastrik berlebihan
  • tidak sabar
  • sakit kepala
  • sukar menumpukan perhatian
  •  lenguh dan sakit bahu
  • meloya
  • kebas tangan dan kaki
  • muka pucat 
  • jerawat
  • sembelit
  • kulit kusam tidak berseri
  • haid tidak teratur
  • hidung sensitif
  • daya penglihatan lemah
  • berat badan menurun
  • mudah menjadi gemuk
  • jeragat
  • kejang otot
  • muntah-muntah
  • cirit-birit berpanjangan


Ringkasan MRT
  • Sel sihat
  • Tisu sihat
  • Organ sihat
  • Sistem badan sihat

Kesihatan badan yang menyeluruh


Hakikat ketamadunan ....


Sebenarnya menurut kata pakar manusia boleh hidup sehingga 120 tahun...tetapi hakikatnya pada hari ini jangka hayat manusia semakin berkurangan hari demi hari ini kerana kemunculan penyakit moden yang semakin berleluasa seakan tidak dapat dibendung lagi.


•Peningkatan kes penyakit moden telah membawa masalah kepada masyarakat.


•Pada tahun 1945, Dr Linus Pauling (pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali) telah diamanahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menyertai kajian penyelidikan




                                                                                                                                    Dr.Linus Pauling

Kemunculan Terapi Pembaharuan Molekul (MRT)

•Tahun 1968 - Dr Linus Pauling telah mendapati penyakit kronik berpunca daripada metabolisma sel yang tidak normal.

•Tahun 1975 - Parlimen Amerika Syarikat telah menubuhkan Jawatankuasa Khas, iaitu “Jawatankuasa Penyiasatan Nutrien”.

•Tahun 1977 – Laporan dengan 5000 mukasurat telah dikemukakan: “Unsur yang Diperlukan oleh Manusia dan Nutrien”
(Hasil penyelidikan yang terkumpul selama >150 tahun)

Maksud “Terapi Pembaharuan


Molekul


•“ Molekul ”

- sel (badan ~ 60 trilion sel)

- metabolisma sel terganggu punca utama penyakit

- untuk mencegah penyakit , pastikan keperluan sel mencukupi

•“Pembaharuan”


- untuk memperbaiki proses metabolisma sel yang terganggu, pastikan sel-sel kita dibekalkan nutrien & oksigen yang mencukupi.


• “ Terapi ”

- rawatan tanpa ubat

- pengetahuan penjagaan kesihatan diri sendiri

- pencegahan perubatan

Maksud “Terapi Pembaharuan Molekul”



•Bekalan nutrien dan oksigen yang mencukupi untuk sel-sel badan kita menjalankan metabolisma
•Mengutamakan kesihatan fizikal dan kerohanian
•Lebih 80% penyakit moden yang dikenalpasti tidak dapat diubati, tetapi ia dapat dipulihkan melalui konsep MRT.
•MRT adalah arus rawatan pada abad ke-21.



Konsep Kesihatan Elken ~

Terapi Pembaharuan Molekul• (Molecular Reform Therapy)

1.Pemakanan yang Seimbang

2.Penambahan Pengambilan Oksigen

3.Detoksifikasi

4.Pelarasan Kesihatan


Pemakanan yang seimbang

Menurut laporan perubatan,70% penyakit berkait rapat dengan pengambilan nutrien yang tidak sempurna.

Untuk setiap sel tersebut berfungsi dengan normal, kita mesti mengambil kesemua 46 jenis nutrien daripada diet harian:

-8 jenis asid amino perlu

-18 jenis vitamin

- 20 jenis mineral organik

satu pun tidak boleh di abaikan!

2. Penambahan pengambilan oksigen

Metabolisem sel memerlukan oksigen, kekurangan oksigen di dalam sel boleh menyebabkan

perubahan pada sel.

Oksigen menentukan metabolisme yang sempurna. Ia bergabung dengan ion hidrogen

membentuk air, kemudian disingkirkan daripada badan sebagai air kencing dan peluh.

Selain daripada itu ia juga menukarkan bahan karsinogen kepada bahan yang tidak

merbahaya dan meningkatkan fungsi vitamin.



3.Detosifikasi

Kematian bermula daripada kolon. Hayat manusia bergantung kepada kebersihan kolon

walaupun kita membuang air besar setiap hari. Masih terdapat lebih 6-10 paun najis terlonggok

di dalam usus kita!

Kanser Kolon merupakan pembunuh utama kurun ke 21, najis terlonggok dan toksin yang

terkumpul di dalam usus merupakan punca utama pelbagai penyakit. Pembuangan toksin

daripada badan merupakan langkah utama untuk menjaga kesihatan.


4.Pelarasan Kesihatan

Pengabaian pengendalian kesihatan diri akan mengakibatkan kemerosotan fungsi badan.

Oleh itu adalah penting untuk kita melaraskan keseimbangan fizikal dan rohani agar dapat

melegakan kemerosotan fungsi badan.







Kuasai MRT,






Jauhi Dari Penyakit Kronik, Badan Sihat dan Cantik